Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) semalam memulakan perkhidmatan sebuah kapal pengangkut pesawat baharu seberat 100,000 tan yang disifatkan Presiden Donald Trump sebagai mesej kepada dunia.
Menurut Trump, kapal USS Gerald R. Ford yang dinamakan bersempena Presiden AS dari 1974-77 akan menjadi aset berharga kepada armada tentera laut AS.
“Walau di mana kapal ini berlayar, sekutu kami akan berasa terjamin ketika musuh kami akan menggeletar ketakutan kerana semua orang akan mengetahui bahawa Amerika akan datang dan Amerika akan datang dengan kuat,” kata Trump. - AGENSI
23 Julai 2017 - 15:34
News ID: 843795
Amerika Syarikat (AS) semalam memulakan perkhidmatan sebuah kapal pengangkut pesawat baharu seberat 100,000 tan yang disifatkan Presiden Donald Trump sebagai mesej kepada dunia.